Mulakan Projek

Program Partnership

  1. Daftar
  2. Terma & syarat
  3. Maklumat & bayaran
  4. Lengkapkan profil
  5. Dashboard

Sertai Program Partnership

Kongsi hasil jualan NatNetwork. 10% daripada setiap jualan pelanggan yang disahkan diagih kepada partner mengikut nisbah modal.

  • ✓ Modal minimum RM5,000, bayaran selamat melalui Billplz
  • ✓ Agihan automatik setiap kali jualan disahkan
  • ✓ Penyata pulangan telus dalam portal
Saya sudah berdaftar

Terma & syarat

Sila baca terma berikut sebelum meneruskan pendaftaran.

Draf Terma Program Partnership NatNetwork (versi 0.1)

Sifat penyertaan. Penyertaan ialah perkongsian hasil jualan NatNetwork. Partner tidak memperoleh saham, hak mengundi atau hak pengurusan syarikat melainkan dinyatakan dalam perjanjian berasingan yang ditandatangani.

Modal. Modal dikira aktif hanya selepas bayaran disahkan oleh pelayan melalui callback Billplz. Amaun minimum ditetapkan oleh NatNetwork dan boleh berubah untuk penyertaan baharu.

Pool hasil jualan. Sebahagian (peratus semasa dipaparkan di portal) daripada setiap bayaran jualan pelanggan yang disahkan diperuntukkan kepada pool partner dan diagihkan mengikut nisbah modal aktif setiap partner pada masa bayaran jualan diterima.

Refund pelanggan. Jika bayaran pelanggan direfund, bahagian pool yang berkaitan diterbalikkan secara berkadar daripada pulangan partner yang menerimanya.

Pengeluaran pulangan. Baki pulangan dibayar melalui pemindahan bank ke akaun atas nama partner yang didaftarkan. Tarikh dan kekerapan pembayaran tertakluk kepada perjanjian.

Risiko. Pulangan bergantung kepada jualan sebenar dan tidak dijamin. Modal tidak dijamin dan mungkin tidak boleh dikeluarkan sebelum tempoh yang dipersetujui.

Terma lain. Tempoh penyertaan, pengeluaran modal, cukai, pembubaran dan penyelesaian pertikaian tertakluk kepada perjanjian partnership.

Maklumat pendaftaran

Isi maklumat asas dan amaun modal. Maklumat IC dan akaun bank diisi selepas bayaran berjaya.

Sudah berdaftar? Log masuk Partnership