Klinik Sibuk? Website Boleh Bantu Jimat Masa, Kos dan Beban Kerja
Menguruskan klinik bukan sekadar merawat pesakit. Ada urusan pendaftaran, pertanyaan pelanggan, jadual doktor, tempahan janji temu dan promosi perkhidmatan yang perlu dikendalikan setiap hari. Tanpa sistem yang teratur, kerja-kerja kecil ini boleh mengambil banyak masa dan meningkatkan beban staf.